Xi Adakan Tinjauan di Provinsi Guangdong

(CRI)Selasa 11 April 2023
Xi Adakan Tinjauan di Provinsi Guangdong

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Guangdong, selatan China pada Isnin.

Bandar Zhanjiang merupakan destinasi pertama dalam jadual Xi yang merangkumi satu pangkalan marikultur yang merupakan projek rancangan 863 peringkat kebangsaan, satu tapak hutan paya bakau di pekan Huguang daerah Mazhang, Pelabuhan Xuwen dan projek pengagihan sumber air Guangdong bulatan Teluk Beibu. Beliau diberi taklimat tentang usaha membangunkan akuakultur marin, meningkatkan perlindungan terhadap hutan paya bakau, meningkatkan taraf kesalinghubungan infrastruktur pengangkutan, memacu pembangunan kolaboratif provinsi Guangdong dengan provinsi Hainan, serta mengoptimumkan pengagihan sumber air di bandar terbabit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan