Kedai Kopi Bergerak di Tibet

(CRI)Khamis 13 April 2023

Di Lembah Bunga Pic Bodui, wilayah Tibet China, sebuah kereta hijau yang parkir di bawah pokok pic untuk menjual kopi telah berjaya menarik perhatian pelancong.

Pemiliknya Mou Yiping dan Tan Yan secara sendiri membuat kopi yang sedap serta menghidangnya kepada pelanggan.

Sebelum ini, pasangan itu bekerja di bandar Chongqing di barat daya China. Oleh sebab mempunyai minat mendalam terhadap Tibet, mereka memutuskan untuk berniaga kopi di kereta di wilayah itu.

Perniagaan tersebut menjadi sumber pendapatan kepada pasangan itu untuk melancong di Tibet.

Pada akhir Februari lalu, mereka telah menyediakan kereta penjual kopi yang bertolak dari Chongqing ke bandar Nyingchi di Tibet yang akan mengadakan pesta bunga pic.

Untuk rekod, pesta bunga pic yang seperti lazimnya menarik sejumlah besar pelancong telah membawa ramai pelanggan kepada pasangan itu.

Setiap kali mendapat banyak tempahan, Tan Yan akan mengambil gambar buat kenangan.

Menurut beliau, peluang untuk menyediakan kopi kepada lebih ramai orang membawa rasa dapat memberikannya kepuasan hati di sepanjang perantauan mereka.

Difahamkan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, Tibet berusaha mengembangkan eko-pelancongan dengan memanfaatkan sumber alam di wilayah itu.

Fasiliti berkenaan turut dibina, manakala mutu perkhidmatan juga sama ditingkatkan.

Aktiviti pelancongan seperti pesta bunga pic telah menjadi titik penting bagi mendorong ekonomi pelancongan di Tibet.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan