Penggunaan Dron Tingkatkan Kecekapan Penanaman di Xinjiang

(CRI)Rabu 19 April 2023
Penggunaan Dron Tingkatkan Kecekapan Penanaman di Xinjiang

Penanaman padi di kawasan seluas lebih 4,000 hektar telah dimulakan di bandar Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mutakhir ini. Penggunaan dron dalam penanaman bukan sahaja mengurangkan bebanan golongan petani, malah juga banyak meningkatkan kecekapannya.

Penyemaian langsung padi adalah cara penanaman padi yang tidak memerlukan penanaman atau pemindahan anak pokok, manakala dron boleh digunakan untuk menaburkan benih mengikut parameter yang ditetapkan.

Wang Xuan, seorang petani dari kampung Tianhai, bandar Aksu memberitahu bahawa mereka melakukan pembenihan bermanusia pada masa dahulu.

"Pada tahun ini, kami boleh menggunakan dron untuk menaburkan benih.”

"Dengan bantuan peralatan teknologi tinggi ini, saya percaya tuaian kami pasti akan meningkat dari tahun ke tahun." ujarnya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan