Pewaris Seni Mukam di Turpan, Xinjiang

(CRI)Isnin 13 Februari 2023

Suleyman Abdu, 61, seorang pewaris seni Mukam dari Turpan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.

Mukam merupakan sejenis bentuk seni menyeluruh yang mengandungi nyanyian, tarian dan alat muzik.

Ia disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2005.

Suleyman mengadakan latihan Mukam dengan rakan-rakannya yang juga kaum tani tempatan.

Persembahan mereka menjadi hiburan yang amat diminati penghuni kampung, khususnya pada masa lapang selepas mengharungi penat lelah bertani.

Menurut Suleyman, kehidupannya berubah selepas berkecimpung dalam seni Mukam dan beliau turut berpeluang mengadakan persembahan di bandar raya seperti Beijing dan Shanghai.

Beliau melihat Mukam sebagai khazanah rohaniah dan komited memikul tanggungjawab untuk mewariskan seni yang bersejarah lama itu.

Selain melatih lebih banyak karya muzik, beliau juga merancang menawarkan latihan Mukam untuk golongan pemuda yang boleh menjadi pewaris generasi baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan