Aktiviti Promosi Teh Zhangjiajie Dianjurkan di Beijing

Aktiviti Promosi Teh Zhangjiajie Dianjurkan di Beijing
Satu aktiviti promosi teh Zhangjiajie dianjurkan di Beijing. (Foto ihsan penganjur)

Pada 18 April, satu aktiviti promosi teh Zhangjiajie dianjurkan di Akhbar Renmin Ribao (People’s Daily), Beijing. Zhangjiajie yang terletak di Hunan, ternama dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Mei Cha yang bermaksud “Teh Berkulat” kalau diterjemahkan secara harfiah, adalah sejenis teh bermutu tinggi yang khas ada di Zhangjiajie. Disebabkan kecambahnya kaya dengan flavon, ia juga dikenali sebagai “Raja Flavon” dan baik untuk tekak dan hati.

Daerah Yongding di Zhangjiajie adalah pengeluar utama Mei Cha di China dengan jumlah keluasan kebun seluas 10,000 hektar dan 129 syarikat terlibat dalam perkebunan atau pemprosesan Mei Cha.

Setakat akhir tahun 2022, jumlah nilai industri Mei Cha tempatan telah mencecah 2.5 bilion yuan (1.61 bilion ringgit), menjadikannya industri hijau (mesra alam) kedua terbesar selepas pelancongan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan