Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13 Dirasmikan

(CRI)Ahad 23 April 2023
Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13 Dirasmikan

Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13 dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Tasik Yanqi, Beijing pada 22 April.

Pesta filem kali ini di bawah bimbingan Jabatan Perfileman China dan dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan bandar Beijing.

Timbalan Pengerusi Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden CMG, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Penganjur Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13, Shen Haixiong menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Beliau menyatakan bahawa pesta filem yang bertemakan "Sharing Culture, Shared Future", adalah sebagai sahutan kepada Inisiatif Peradaban Global yang dianjurkan Presiden Xi Jinping pada Mac lalu.

Beliau menyatakan, CMG kini menjadi pihak menganjur bagi lima pesta filem di negara ini, iaitu Pesta Filem Antarabangsa Beijing, Pesta Filem Antarabangsa Shanghai, Pesta Filem Antarabangsa Changchun, Pesta Filem Antarabangsa Pulau Hainan, dan Pesta Filem Antarabangsa Jalan Sutera, bagi mendorong pembangunan industri perfileman China pada era baharu.

Untuk rekod, unit pertandingan utama Pesta Filem Antarabangsa Bejing edisi tahun ini, iaitu "Anugerah Temple of Heaven" telah menerima sejumlah 1,488 filem dari 93 negara dan wilayah, angka ini mencipta rekod yang baharu. Antaranya, lebih 80 peratus adalah dari luar negara.

Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13 akan menutup tirainya pada 29 April.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan