China Siar Peta Imej Global Marikh

(CRI)Isnin 24 April 2023

Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) bersama Akademi Sains China (CAS) menyiarkan peta imej global Marikh bersempena sambutan Hari Angkasa China yang jatuh pada 24 April.

Imej berwarna yang mempunyai resolusi spatial 76 meter itu akan memberikan peta asas yang lebih berkualiti untuk projek penerokaan Marikh dan penyelidikan saintifik berkenaan.

Kamera resolusi sederhana yang dipasang pada alat pengorbit misi Tianwen-1 mencapai liputan menyeluruh di permukaan planet merah itu selepas melakukan pengimejan penderiaan jauh sebanyak 284 kali dalam tempoh lapan bulan bermula November 2021.

Peta berkenaan berjaya dihasilkan berasaskan 14,757 data imej yang diproses oleh sistem aplikasi Bumi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan