Minggu Warisan Budaya Tidak Ketara China-ASEAN Buka Tirai

(CRI)Isnin 24 April 2023
Minggu Warisan Budaya Tidak Ketara China-ASEAN Buka Tirai

Minggu Warisan Budaya Tidak Ketara China-ASEAN membuka tirainya di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi pada Sabtu.

Selaku tempat tetap untuk menganjurkan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Nanning sedang giat membangunkan diri sebagai metropolis dan pusat perbelanjaan pelancongan antarabangsa yang bersasar kepada negara-negara ASEAN, sambil memainkan peranan istimewa dalam interaksi dan kerjasama warisan budaya tidak ketara China-ASEAN.

Aktiviti berkenaan membolehkan orang ramai mengunjungi bazar, menikmati makanan istimewa dan menghayati warisan budaya dari negara-negara ASEAN seperti seni lukis, tarian, wayang kulit dan alat muzik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan