13 Sami Buddha Tibet Terima Ijazah Setara Kedoktoran

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 April 2023
13 Sami Buddha Tibet Terima Ijazah Setara Kedoktoran
Para sami menghadiri aktiviti debat di Kuil Jokhang di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China, 23 April 2023. (Xinhua/Jigme Dorje)

Seramai 13 orang sami telah memperoleh ijazah Geshe Lharampa yang setara dengan ijazah kedoktoran dalam pendidikan moden Ahad lalu, di Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China.

Satu aktiviti debat dan majlis penyampaian ijazah berlangsung pada hari yang sama di Kuil Jokhang di Lhasa, ibu kota wilayah Tibet. Geshe Lharampa merupakan ijazah tertinggi bagi ajaran eksoterik yang menjadi amalan sekolah Gelug di bawah aliran Buddha Tibet.

Dengan umur purata 45 tahun, 13 orang sami itu berasal dari kuil-kuil di Tibet dan Yunnan.

Yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan tahun ini, Tsultrim Gyaltsen, seorang sami berusia 50 tahun dari Biara Sera di Lhasa. Beliau memberitahu wartawan Xinhua niatnya untuk memperdalam lagi pemahaman dalam agama Buddha dan membantu mendidik lebih ramai pelajar yang mengikut aliran Buddha Tibet.

Sejak 2004, seramai 177 sami Buddha Tibet telah dianugerahi ijazah Geshe Lharampa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan