Kisah Hadiah daripada Xi: 19 terbitan Renmin Ribao Suburkan Ikatan China-Vietnam

Di Dataran Ba Dinh, Hanoi, terletak satu rumah tiang tinggi yang pernah didiami oleh pemimpin Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh. Pada 13 November 2017, di depan rumah itu, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan 19 terbitan Akhbar Renmin Ribao (People’s Daily) kepada rakan sejawatnya, Nguyen Phu Trong.

Tiga daripada terbitan berkenaan melaporkan lawatan Nguyen Phu Trong ke China pada Januari 2017. 16 lagi diterbitkan ketika Ho Chi Minh membuat lawatan ke China pada tahun 1955. “Kami bersusah payah mencarinya baru jumpa,” demikian maklum Presiden Xi, membuat Nguyen terkejut.

Muka hadapan Akhbar Renmin Ribao pada 26 Jun 1955. (Foto/People's Daily)

Muka hadapan Akhbar Renmin Ribao pada 26 Jun 1955. (Foto/People's Daily)

Terpampang pada muka hadapan Akhbar Renmin Ribao bertarikh 26 Jun 1955 ialah gambar Mao Zedong, Zhou Enlai dan bekas pemimpin Parti Komunis China lain bersama Ho Chi Minh. Keesokan harinya, ucapan oleh Ho Chi Minh pula yang tersiar pada muka hadapan, “Tanpa diduga, persahabatan dan hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara akan kekal selamanya dan tidak dapat dipecah belah, tidak akan diadu-domba atau dibenturkan oleh mana-mana pihak.”

Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong sebelum berkunjung ke bekas kediaman Ho Chi Minh. (Xinhua/)

Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong sebelum berkunjung ke bekas kediaman Ho Chi Minh. (Xinhua/Lan Hongguang)

Pada 13 November 2017, sempena lawatan Xi Jinping ke Vietnam, beliau bersiar-siar bersama Nguyen di bekas kediaman Ho Chi Minh sambil mengenangkan persahabatan yang terjalin oleh pemimpin generasi sebelumnya. Kata Xi, “Kita harus menjadikan Mao, Zhou dan Ho sebagai teladan untuk mewariskan dan mengembangkan persahabatan China-Vietnam agar memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan