MPS Bantah Keras Tindakan Undang-undang AS Menyasar Pegawai China

(CRI)Khamis 27 April 2023

Kementerian Keselamatan Awam (MPS) China membantah sekeras-kerasnya tindakan badan penguatkuasa Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap pegawai kerajaan China.

Jurucakap MPS menyatakan, pihaknya mengemukakan bantahan kepada perwakilan Jabatan Kehakiman AS dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Beijing, pada Rabu.

Jabatan penguatkuasa AS itu diselar kerana mengenakan tindakan undang-undang terhadap 40 orang pegawai China termasuk anggota polis menerusi bukti palsu.

China meluahkan kemarahan terhadap tindakan AS seumpama dan menuntut negara itu menghentikan serta-merta mainan politik dan amalan membuli.

Badan AS berkenaan turut digesa supaya berhenti melemparkan fitnah terhadap pegawai China dan menggugurkan tindakan undang-undang, di samping mengambil langkah untuk menghapuskan akibat negatif, dan jangan melakukan lagi provokasi dan tindakan konfrontasi lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan