Menteri Luar China Bakal Lawat Pakistan

(CRI)Khamis 04 Mei 2023

Menteri Luar China, Qin Gang akan melawat Pakistan dan mengadakan dialog tiga pihak China, Afghanistan dan Pakistan pada 5 hingga 6 Mei akan datang.

Ketika menjawab soalan tentang perkara tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa inilah julung kalinya Qin Gang sebagai Menteri Luar China melawat Pakistan, dan juga salah satu komponen penting dalam siri interaksi peringkat tinggi kedua-dua negara yang kerap kali diadakan baru-baru ini.

Dalam tempoh lawatan Qin di Pakistan, beliau akan menemui pemimpin negara Pakistan, dan bersama dengan rakan sejawatnya mempengerusikan dialog strategik menteri luar China-Pakistan untuk bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai hubungan bilateral, situasi serantau dan antarabangsa.

Pertemuan Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan dan Dialog Menteri Luar China-Afghanistan-Pakistan sebagai wahana kerjasama dan interaksi melibatkan isu Afghanistan yang penting dilihat kondusif bagi menjana inisiatif impak sosial antara negara serantau. Oleh itu, China berharap dapat bertukar-tukar pandangan mengenai situasi Afghanistan dan kerjasama tiga pihak melalui dialog kali ini di samping mencari kesamaan visi tiga negara, memupuk rasa saling percaya antara tiga pihak dan mendorong keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran rantau terbabit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan