Respons China tentang Serangan Dron terhadap Istana Kremlin

(CRI)Jumaat 05 Mei 2023

Terdapat dua dron yang dilaporkan melakukan cubaan menyerang Istana Kremlin, Rusia baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa pendirian China terhadap krisis Ukraine adalah konsisten dan jelas. Pelbagai pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan yang mungkin meruncingkan ketegangan situasi.

Ketika ditanya sama ada lawatan wakil China ke Ukraine terganggu akibat peristiwa tersebut, Mao berkata, China akan mengumumkan maklumat selanjutnya berkaitan lawatan yang akan dilakukan oleh wakil khas China bagi hal ehwal Eurasia di Ukraine. Sementara itu, China akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan membina bagi menyelesaikan krisis Ukraine melalui langkah politik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan