Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan

(CRI)Jumaat 05 Mei 2023
Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan

Kerja memindahkan anak pokok tomato dengan menggunakan mesin giat dilakukan di bandar Changji, wilayah Xinjiang, China, mutakhir ini.

Berbanding dahulu, jabatan pertanian tempatan menawarkan perkhidmatan seluruh proses, mengemudikan petani memindahkan anak pokok tomato melalui teknik dan kaedah baharu, menyaksikan peningkatan kecekapan dan mutu penanaman dengan ketara.

Menurut rancangan, kawasan penanaman tomato di bandar Changji akan mencapai 3.67 ribu hektar pada tahun ini.

Bermula 23 April lalu, jabatan pertanian tempatan telah mengaturkan lebih 160 jentera khusus untuk pemindahan anak pokok tomato.

Setakat ini, kerja pemindahan di lebih dua ribu hektar telah siap, iaitu melebihi separuh daripada keseluruhannya.

Difahamkan, kerja pemindahan itu dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 15 Mei.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan