Sistem Beidou Bantu Tingkatkan Kecekapan Penyemaian di Xinjiang

(CRI)Ahad 23 April 2023

Usaha penyemaian kapas telah dilancarkan di tanah seluas 43 ribu hektar di kaunti Manas, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mutahir ini. Pemasangan dan pengaplikasian sistem pandu diri navigasi Beidou model baharu membantu meningkatkan kecekapan penyemaian itu.

Traktor berkapasiti tinggi yang dilengkapi dengan sistem tersebut boleh melakukan penyemaian berketepatan tinggi mengikut laluan yang ditetapkan.

Berbanding dengan kaedah penyemaian terdahulu, ia bukan sahaja menjimatkan lebih daripada 50% benih kapas, tetapi juga memudahkan kerja pemetikan kapas secara mekanikal pada fasa penunaian.

Kaunti Manas antara pangkalan pengeluaran kapas komersial berkualiti tinggi peringkat negara. Jumlah pengeluaran kapas di sana mencapai 140 ribu tan setahun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan