Kerjasama Malaysia, China Percekap Logistik Rentas Sempadan

(CRI)Jumaat 17 Mac 2023

Kerjasama antara perusahaan Malaysia dan China membabitkan perkhidmatan pengangkutan rel-laut akan meningkatkan kecekapan sektor logistik rentas sempadan di Malaysia secara berkesan.

Demikian kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook ketika menghadiri majlis penandatanganan perjanjian kerjasama antara COSCO SHIPPING Lines dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Lumpur pada Rabu.

Anthony Loke menyatakan program kerjasama berkenaan akan membawa pelan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan boleh dipercayai dengan menyepadukan pengangkutan maritim dan rel.

"Ia akan membantu mengurangkan kos logistik dan menjimatkan masa pengangkutan," ujar beliau.

Pengurus Besar COSCO SHIPPING Lines (Malaysia), Song Mingzhi memaklumkan kerjasama pengangkutan kali ini meliputi kawasan utama Malaysia Barat dengan menghubungkan 579 pelabuhan dari kira-kira 140 negara dan wilayah di seluruh dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan