Chengdu Bersiap siaga Jadi Tuan Rumah Universiade

(CRI)Isnin 29 Mei 2023
Chengdu Bersiap siaga Jadi Tuan Rumah Universiade

Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi ke-31 yang tertangguh dua kali akibat COVID-19, dijadual berlangsung di Chengdu bermula 28 Julai.

Chengdu menjadi bandar ketiga di China yang menjadi tuan rumah Universiade Musim Panas kendalian Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), diikuti Beijing pada 2001 serta Shenzhen pada 2011.

Berlandaskan prinsip ‘sederhana, selamat dan cemerlang’, pihak penganjur sedang mempergiat segala persiapan acara berprestij itu.

Susulan 13 venue baharu yang telah siap dibina dan 36 lagi yang sedia ada diubah suai, Chengdu sudah bersiap siaga untuk menghoskan temasya sukan berkenaan.

Difahamkan, kontinjen China terdiri daripada 500 orang atlet yang akan menyertai 269 acara daripada 18 kategori.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan