Lambang, Maskot, Obor, Pingat FISU Chengdu Diumumkan

Sesi keempat taklimat media bagi Sukan Universiti Dunia Musim Panas FISU Chengdu diadakan pada 2 Jun. Lambang FISU Chengdu, maskot "Rong Bao", obor "Rong Huo" serta pingat "Rong Guang" telah diumumkan pada sidang tersebut.

"Rong" dipetik daripada singkatan nama bandar Chengdu, yang bemakna intergrasi dan keinklusifan.

Pada 2019, Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu secara rasmi mula menerima rekaan lambang FISU dari seluruh dunia, dan sebanyak 2,000 entri diterima dalam tempoh dua bulan. Selepas dinilai oleh pakar, menerusi pengundian dalam talian dan semakan plagarisme, barulah lambang berkenaan ditetapkan. Reka bentuk utamanya menggunakan huruf "U" yang mewakili perkataan "Universiti", sepadan dengan lambang FISU. Empat warna yang dipilih iaitu merah merona, kuning terang, hijau zamrud dan biru tasik membahagikan "U"kepada empat.

Lambang FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Lambang FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

"Untuk membolehkan lebih ramai orang berkongsi semangat FISU, kami turut melancarkan koleksi 'lambang digital FISU'. Ini merupakan kali pertama produk budaya dan kreatif digital dikeluarkan dalam sejarah FISU," jelas Miao Yuyuan, Timbalan Pengerusi Jabatan Publisiti Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu pada taklimat Jumaat lalu.

Maskot "Rong Bao" dicipta berdasarkan panda gergasi sebenar "Zhima" (bijan) di Pangkalan Panda Gergasi di Chengdu, provinsi Sichuan. Wajah maskot merujuk kepada gaya solekan seni tradisional Opera Sichuan. Tambahan pula, telinga, mata, dan ekor "Rong Bao" semuanya berbentuk api.

Maskot FISU Chengdu “Rong Bao”. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Maskot FISU Chengdu "Rong Bao". (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Maskot FISU Chengdu “Rong Bao”. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Maskot FISU Chengdu "Rong Bao". (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Obor "Rong Huo" menggunakan blok warna visual utama FISU iaitu gradien berwarna-warni yang menyepadukan warna merah merona, kuning terang, hijau zamrud dan biru tasik, untuk mempertunjukkan kehidupan pelajar universiti-universiti Chengdu yang penuh semangat, bertenaga, bergaya dan berwarna-warni.

Obor FISU Chengdu “Rong Huo”. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Obor FISU Chengdu "Rong Huo". (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Reka bentuk pingat FISU Chengdu berilhamkan lambang FISU Chengdu dan Dewa Burung Matahari. Pingat menggunakan bentuk kipas yang tidak teratur untuk menggambarkan sayap burung, membayangkan ada yang menjaga impian setiap orang. Selain itu, pingat diberikan nama "Rong Guang" yang merupakan homonim bagi kata "Glory" yang bermaksud kemuliaan dan kecemerlangan untuk membawa harapan orang ramai terhadap pemain supaya mereka merealisasikan impian di Chengdu.

Obor FISU Chengdu “Rong Huo”. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Bahagian hadapan pingat FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Pingat emas FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Pingat emas FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Bahagian hadapan pingat gangsa FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Bahagian hadapan pingat gangsa FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Bahagian hadapan pingat perak FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Bahagian hadapan pingat perak FISU Chengdu. (foto diberikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FISU Chengdu)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan