Asia Harus Jadi Pentas Kerjasama Saling Untung: MFA

(CRI)Selasa 06 Jun 2023

Asia harus menjadi pentas besar untuk kerjasama saling menguntungkan, bukan dipecahkan menjadi 'kumpulan kecil' yang tertutup dan eksklusif, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Wang Wenbin.

Pada Dialog Shangri-La ke-20, beberapa negara antaranya Indonesia dan Singapura menyatakan pendirian bahawa mereka tidak mahu melihat 'perang dingin baharu' atau pilih kasih secara terpaksa di antara Beijing dengan Washington.

Wang berkata cubaan segelintir kuasa mencetuskan 'perang dingin baharu' di Asia mengundang bantahan keras daripada negara rantau terbabit.

"Majoriti negara rantau menolak kelakuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memperluas tentakel sampai ke Asia."

"Mereka turut mengatakan tidak kepada konfrontasi sesama blok di benua ini, dan takkan biarkan sebarang perang dingin atau perang terbuka berulang," kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, hari ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan