Cara "Berek-berek Carik Dada" Jaga Anak

Cara
Burung berek-berek carik dada membawa anak ke atas dahan. (foto: Yao Wei/Chinanews.cn)

Baru-baru ini, burung berek-berek carik dada atau blue-tailed bee-eater (merops philippinus) dilihat sibuk menangkap serangga di Rizab Semula Jadi Huachangwan di provinsi Hainan. Saat anak burung menetas satu demi satu, si ibu dan bapa harus menangkap dan membawa balik lebih banyak serangga.

Setiap April hingga Julai merupakan tempoh pembiakan bagi spesies ini, yang diakui ramai sebagai “burung kecil paling cantik di China”. Tahun ini, hampir 500 ekor burung berek-berek carik dada bersarang dan membiak di Rizab Semula Jadi Huachangwan. Haiwan ini membina sarang secara berkelompok di tebing berbatu atau tepi sungai berbentuk cenuram, lalu bertelur.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan