- Lain-lain
16 Langkah Kastam Tingkatkan Kecekapan Logistik Rentas Sempadan
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) telah memperkenalkan 16 langkah baharu untuk menambahbaik persekitaran perniagaan, meningkatkan kelancaran logistik import eksport serta memudahkan perdagangan rentas sempadan.
Pengemaskinian 16 langkah terbabit dipercayai kondusif bagi peningkatan kecekapan logistik rentas sempadan, pengimportan kelengkapan teknologi canggih, dan import eksport produk pertanian utama.
Tujuannya boleh diringkaskan sebagai "galakan dari empat aspek", iaitu menggalakkan logistik produk import eksport berjalan lancar dan meningkatkan kecekapan dalam memudahkan pemeriksaan dan pelepasan kastam terhadap komoditi pukal berkaitan sumber tenaga seperti arang batu dan simen; menggalakkan perdagangan rentas sempadan berkembang ke arah yang lebih mudah dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dilaksanakan ke arah berkualiti tinggi; menggalakkan sektor korporat bertindak pantas meningkatkan kecekapan pengeluaran; dan menggalakkan sektor perdagangan luar mencetuskan fenomena inovatif dalam pembangunannya.
Untuk rekod, pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah import eksport China meningkat 4.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan mencatat RMB16.77 trilion (RM10.82 trilion).