China Menolak Konfrontasi Geopolitik Dalam Institusi Kewangan Pelbagai Hala

(CRI)Khamis 15 Jun 2023

Amerika Syarikat (AS) perlu mengambil langkah konkrit untuk membantu negara-negara membangun menggalakkan penglibatan institusi kewangan pelbagai hala secara aktif dalam penyelesaian isu hutang, dan bukannya mengamalkan konfrontasi geopolitik dalam institusi kewangan pelbagai hala tersebut.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen baru-baru ini mengenai institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mencerminkan nilai-nilai Amerika dan berfungsi sebagai kuasa pengimbang penting kepada pinjaman yang tidak mampan daripada negara lain termasuk China. Tambah beliau, China tidak berkelayakan mendapat pinjaman dari Bank Dunia.

Wang berkata, IMF dan Bank Dunia bukan milik AS, melainkan institusi kewangan pelbagai hala.

“China secara konsisten menjalankan kerjasama dengan negara-negara membangun dalam pelaburan dan pembiayaan dengan mematuhi peraturan antarabangsa dan prinsip yang terbuka dan telus serta tanpa melampirkan sebarang syarat politik dan mencari laba politik untuk kegunaan sendiri.

“China sentiasa menghulurkan bantuan kepada negara-negara membangun untuk meringankan beban hutang mereka, dan membuat sumbangan terbesar dalam usaha melaksanakan Inisiatif Penggantungan Perkhidmatan Hutang G20," kata Wang.

Wang menambah, data Bank Dunia menunjukkan, institusi kewangan pelbagai hala dan pemiutang komersial yang memegang lebih daripada 80 peratus hutang negara-negara membangun, dan ini barulah sumber tekanan terbesar bagi negara-negara terlibat dalam pembayaran hutang.

“AS menaikkan kadar faedah secara besar-besaran sejak tahun lepas, dan tindakan yang belum pernah berlaku sebelum ini turut memburukkan masalah hutang negara-negara terbabit dan meruncingkan pergolakan kewangan global,” kata Wang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan