Pelaburan Asing di China pada 2022 Naik 5%

(CRI)Jumaat 07 Julai 2023

Di sebalik kemelesetan pelaburan langsung asing (FDI) dalam senario global, FDI di China pada tahun lalu meningkat 5%, mencatat USD189 bilion (RM880.75 bilion), yang kebanyakannya terhadap sektor pembuatan dan industri teknologi tinggi.

Demikian ditunjukkan dalam Laporan Pelaburan Dunia Tahun 2023 yang disiarkan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembanguan (UNCTAD) semalam.

Dimaklumkan, FDI di negara membangun kekal stabil pada 2022, dengan mencecah USD662 bilion (RM3.08 trilion), iaitu kira-kira separuh keseluruhan global. Antaranya hampir 80% modal mengalir ke China, Singapura, Hong Kong, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Manakala, Tanah Besar China dan Hong Kong tetap pelabur yang terbesar di Asia.

Sementara itu, UNCTAD menyeru supaya lebih banyak pelaburan ditanam ke negara membangunan sepanjang transformasi landskap penggunaan sumber tenaga, kerana ia mustahak untuk merealisasikan matlamat iklim menjelang tahun 2030.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan