Saintis Muda Tumpukan Kerjasama Sains dan Teknologi dalam BRI

(CRI)Isnin 10 Julai 2023

Forum Saintis Muda Antarabangsa mengenai Pembangunan Mampan Ekologi dan Sumber Jalan Sutera 2023 membuka tirai di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang pada Sabtu lalu.

Sarjana dan usahawan dari lebih 30 negara dan kawasan akan mengadakan perbincangan dan memberikan cadangan kepada kerjasama sains dan teknologi di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta menyumbang kepada pembangunan hijau di sepanjang Jalan Sutera.

Terletak di lokasi teras zon ekonomi Jalan Sutera, wilayah Xinjiang yang bersempadan dengan Asia Tengah dan Asia Selatan, mempunyai kelebhihan dari segi sumber dan geografi.

Ahli akademik Akademi Sains Eurasia Antarabangsa (IEAS), Zhang Jing'an menyatakan bahawa meningkatkan kerjasama sains dan teknologi antara Xinjiang dengan wilayah-wilayah di sekitarya, dan menggalakkan lebih banyak saintis muda terlibat dalam komunikasi dan kerjasama keilmnuan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah yang dihadapi dalam pembangunan mampan, sekali gus menawarkan pelan inovatif bagi pembangunan mampan ekologi dan sumber.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan