Wang Yi Bertemu Sullivan

(CRI)Jumaat 12 Mei 2023

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi mengadakan rundingan dengan Penolong Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara, Jake Sullivan di Vienna, Austria pada 10 hingga 11 Mei.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan yang ikhlas, mendalam, substantif dan membina dalam isu-isu menghapuskan rintangan dan memantapkan hubungan kedua-dua negara.

Wang Yi telah mengulangi pendirian China dalam soal Taiwan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat tentang isu serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama, termasuk situasi di Asia-Pasifik dan Ukraine, serta bersetuju untuk memanfaatkan saluran komunikasi strategik ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan