Xi Temui Henry Kissinger

(CRI)Khamis 20 Julai 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger di Wisma Tamu Negara Diaoyutai di Beijing hari ini.

Xi menyifatkan lawatan Kissinger kali ini mempunyai makna istimewa kerana beliau baru sahaja menyambut hari jadi ke-100 dan sudah membuat lawatan lebih seratus kali ke China.

Xi berkata kini dunia sedang mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seabad, sementara landskap antarabangsa turut mengalami perubahan penting. China dan AS sekali lagi berada di persimpangan jalan dan perlu membuat pilihan sekali lagi.

Menurut beliau, kedua-dua negara boleh mewujudkan kemakmuran bersama dengan berpandukan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang.

Beliau turut meluahkan hasrat China untuk bersama AS meneroka adab pergaulan yang betul demi memantapkan perkembangan hubungan dua hala.

Kissinger pula berkata hubungan antara AS dengan China amat signifikan bagi kedamaian dan kemakmuran kedua-dua negara dan dunia.

Beliau menekankan perlunya mentaati prinsip Pengumuman Shanghai dan memahami peri pentingnya prinsip satu China bagi China, di samping memacu perkembangan hubungan bilateral ini ke arah positif.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan