Kru Shenzhou-16 Jayakan EVA

(CRI)Jumaat 21 Julai 2023
Kru Shenzhou-16 Jayakan EVA

Anak kapal Shenzhou-16 berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) pada pukul 9.40 malam Khamis, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Tiga angkasawan iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao bekerjasama untuk menyelesaikan semua tugasan yang ditetapkan dengan bantuan lengan mekanik.

Jing dan Zhu selamat kembali ke modul eksperimen Wentian selepas menyempurnakan EVA yang berlangsung kira-kira lapan jam.

Zhu menjadi jurutera penerbangan angkasa pertama China yang mengambil bahagian dalam EVA.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan