Negara Kepulauan Pasifik Bukan "Halaman Belakang" Sebarang Negara

(CRI)Jumaat 28 Julai 2023

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa negara-negara kepulauan Pasifik bukan "halaman belakang" bagi sebarang negara.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ketika diwawancara wartawan di Tonga pada Rabu lalu mendakwa China mengambil tindakan "bermasalah" dan mengambil langkah ekonomi yang "bersifat merampas" serta langkah pelaburan yang 'kondusif bagi rasuah' di rantau terbabit.

Selain Blinken, beberapa pegawai kanan AS termasuk Setiusaha Pertahanan juga memilih melawat ke negara kepulauan Pasifik baru-baru ini, dan fenomena itu ditafsirkan bertindak mengembangkan sayapnya untuk meneutral "kehadiran China" di rantau itu.

Mao menegaskan bahawa kerjasama China dengan pelbagai negara kepulauan Pasifik yang terbuka, berdasarkan prinsip menghormati kedaulatan serta kehendak setiap negara, tanpa sebarang prasyarat politik, dan tidak menyasarkan pihak ketiga, ternyata mendapat sambutan baik dari pihak kerajaan dan rakyat di rantau terbabit.

Menurut Mao, negara-negara kepulauan Pasifik bukan "halaman belakang" bagi sebarang negara. China tidak berminat untuk bersaing dengan sebarang negara berhubung 'pengaruh dominasi', atau mengejarkan "kehadiran geografik" dan "wilayah yang terkawal". China berharap agar AS bersikap ikhlas membantu negara kepulauan Pasifik dalam memajukan pembangunan, khususnya membantu negara berkenaan merealisasikan pembangunan dan kestabilan.

Berita Berkaitan