Perlu Waspada Tindakan AS Runcingkan Ketegangan di LCS

(CRI)Jumaat 28 April 2023

Negara-negara serantau perlu mengekalkan kewaspadaan tinggi terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) terus-menerus mengukuhkan penempatan tenteranya di kawasan Laut China Selatan (LCS) dengan niat sengaja meruncingkan ketegangan di perairan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Tan Kefei berkata China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas kepulauan dan perairan di sekitar LCS.

"China membina infrastruktur dan menempatkan aset bersifat defensif yang diperlukan di kepulauan berkenaan sebagai tindakan mengamalkan kedaulatan negara di sisi undang-undang," ujar beliau semasa sesi taklimat pada Khamis.

Tan berkata negara-negara lain tidak berhak membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengenai perkara itu.

"Tentera China akan tegas mempertahankan kedaulatan serta hak dan kepentingan maritim negara, dan melindungi keamanan dan kestabilan di LCS," tambah beliau lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan