AS 'Pencipta' Diplomasi Paksaan

(CRI)Sabtu 20 Mei 2023

Beijing menggesa Kumpulan Tujuh (G7) supaya menyesuaikan diri dengan arus pembangunan sezaman iaitu keterbukaan dan keterangkuman, serta berhenti melaksanakan diplomasi paksaan atau membina blok kecil yang eksklusif.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin susulan dakwaan seorang pegawai kanan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa kebimbangan pihak terbabit terhadap ‘paksaan ekonomi’ China akan disuarakan menerusi kenyataan bersama G7.

Untuk itu, Wang mengkritik AS sering menuduh negara lain menggunakan status kuasa besar, dasar paksaan dan paksaan ekonomi untuk menekan negara lain supaya tunduk dan terlibat dalam diplomasi paksaan.

“Beginilah cara AS memprojeksikan rekod buruk diri sendiri kepada negara lain. Hakikatnya, negara itu merupakan pencipta diplomasi paksaan.

“Diplomasi paksaan kini menjadi komponen penting dasar luar AS. Demi mengaut laba sendiri, AS bertindak mengekang dan menindas negara lain membabitkan bidang politik, ekonomi, ketenteraan, budaya dan lain-lain. Banyak negara menjadi mangsa diplomasi paksaan, terutamanya negara membangun,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijng pada Jumaat.

Jurucakap itu turut mengulangi pendirian Beijing bahawa perbuatan memaksa dan membuli bukanlah perkara yang berada dalam kamus diplomasi China, dan amalan hegemoni, unilateralisme dan diplomasi paksaan juga ditolak tegas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan