Perasmian Universiade ke-31 di Chengdu Penuh Gemilang

(CRI)Isnin 31 Julai 2023
Perasmian Universiade ke-31 di Chengdu Penuh Gemilang

Sukan Universiti Musim Panas Dunia atau Universiade ke-31 membuka tirainya dengan penuh gemilang di bandar Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China pada Jumaat.

Bertemakan 'Young Dream Chasers', majlis perasmian temasya sukan itu turut menghidangkan persembahan yang menonjolkan ciri-ciri China, elemen sezaman serta kedinamikan generasi muda.

Universiade kali ini menghimpunkan sekitar 6,500 atlet dari 113 buah negara dan wilayah, yang akan bertanding untuk 269 acara dalam 18 kategori.

Difahamkan, pingat emas yang pertama dan terakhir masing-masing akan dipertandingkan dalam acara seni mempertahankan diri dan polo air.

Berita Berkaitan