PMI Pembuatan China Meningkat kepada 49.3 pada Julai

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China kekal melambung pada Julai, sekali gus memberi indikator ekonomi domestik terus berkembang mantap.

Menurut angka terkini yang diumumkan bersama oleh Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan pusat tinjauan industri perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS), PMI itu mencatatkan peningkatan yang kukuh dalam tempoh dua bulan berturut-turut.

Untuk Julai, indeks tersebut direkodkan pada paras 49.3 peratus, iaitu 0.3 mata peratusan lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.

Difahamkan, sepuluh daripada 21 industri yang ditinjau berada dalam julat pengembangan, yang turut menyumbang kepada kemantapan sektor pembuatan China.

Angka berkenaan juga menunjukkan, aktiviti perkilangan negara kekal mapan pada Julai, dengan indeks pengeluaran melepasi paras 50 peratus.

Naib Presiden CFLP, Cai Jin berkata, kenaikan PMI itu adalah cerminan operasi ekonomi ke arah lebih baik secara keseluruhannya.

“Melihat kepada prestasi berkenaan, boleh dikatakan bahawa momentum pemulihan ekonomi diteruskan dan akan diperkukuh lagi,” kata beliau.

Berita Berkaitan