Ekspo China-Arab ke-6 akan Diadakan di Yinchuan pada September

(CRI)Selasa 01 Ogos 2023

Ekspo China-Arab ke-6 akan diadakan di Yinchuan, wilayah Ningxia, China dari 21 hingga 24 September.

Ekspo China-Arab adalah platform kerjasama ekonomi dan perdagangan yang penting antara China dan negara-negara Arab bagi pembinaan bersama Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut pihak penganjur, ekspo edisi ke-6 akan diadakan secara fizikal, dengan kawasan pameran seluas 40,000 meter persegi.

Untuk rekod, sehingga kini, jabatan kerajaan dari 14 negara termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 13 organisasi antarabangsa dan serantau seperti Sekretariat Liga Arab, serta lebih 60 pertubuhan perdagangan dan perusahaan asing telah mengesahkan penyertaan mereka dalam ekspo kali ini.

Jumlah peserta dan pengunjung ke ekspo itu dijangka akan melebihi 10,000 orang.

Berita Berkaitan