Festival Tarian di Xinjiang Dorong Pertukaran Budaya (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 01 Ogos 2023
Festival Tarian di Xinjiang Dorong Pertukaran Budaya
Ahli rombongan penari dari Institut Bunditpatanasilpa Thailand dan anggota Rombongan Seni Muqam dari Teater Seni Xinjiang menari bersama-sama di Urumqi, wilayah autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China pada 24 Julai 2023. (Xinhua/Hu Huhu)

Festival Tarian Antarabangsa Xinjiang edisi ke-6 telah menarik kehadiran lebih 1,000 artis dari pelbagai negara dan wilayah di Asia, Eropah dan Afrika, yang bakal menghiburkan para tetamu dengan kira-kira 60 persembahan terkenal. Festival tersebut juga menyediakan satu peluang unik untuk hadirin menghayati keindahan Xinjiang dan meneroka segala yang ditawarkan oleh bumi yang cukup luar biasa ini.

Sepanjang berlangsungnya pesta tarian, lebih ramai artis dijadualkan tiba. Perjalanan mereka ke Xinjiang membawa makna signifikan yang jauh menjangkaui aspek persembahan dan seni, menjanjikan pertukaran budaya yang lebih kaya dan jalinan persahabatan yang berpanjangan.

Berita Berkaitan