11 Negara Bakal Sertai Festival Tarian Antarabangsa Xinjiang

(CRI)Khamis 13 Julai 2023

Festival Tarian Antarabangsa Xinjiang edisi keenam yang berlangsung di Urumqi bermula 20 Julai hingga 5 Ogos, bakal menghidangkan 60 persembahan merangkumi pelbagai bentuk seni termasuk drama tari balet, drama tari rakyat dan opera.

Mengangkat tema 'Dreams of Dance, Harmony of Silk Road', festival itu mengundang artis dari 11 buah negara termasuk Korea Selatan, Thailand, Afrika Selatan dan Kazakhstan untuk membawa karya unggul ke Xinjiang.

Artis tempatan pula akan mengambil peluang ini untuk mempamerkan pesona budaya Cina melalui persembahan tarian.

Siri aktiviti seperti pertunjukan fesyen 'Brilliant Silk Road, Harmonious Coexistence', tarian jalanan dan guangchangwu (square dancing) akan turut diadakan sempena festival kali ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan