Kereta Api Sukan Asia Hangzhou Jalan Ujian Operasi

(CRI)Isnin 07 Ogos 2023

Kereta api pintar Fuxing yang dibangunkan khas untuk Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, mula menjalankan ujian operasi membawa penumpang di Stesen Barat Hangzhou, China pada 4 Ogos.

Untuk rekod, kereta api tersebut akan digunakan untuk menghantar penumpang antara Hangzhou dengan lima bandar kerjasama Sukan Asia, iaitu Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing, dan Jinhua.

Di samping itu, jabatan kereta api juga akan menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan khas pelanggan semasa Sukan Asia bagi memudahkan perjalanan penumpang.

Video

Berita Berkaitan