Dua Acara pertandingan Kasut Roda Dibatalkan dalam Sukan Asia Hangzhou

(CRI)Rabu 16 Ogos 2023

Oleh kerana kekurangan peserta, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou dijangka membatalkan dua acara pertandingan kasut roda, iaitu pertandingan berirama individu lelaki dan pertandingan berirama campuran, setelah mendapat persetujuan Majlis Olimpik Asia (OCA).

Menurut peraturan berkenaan, pertandingan hanya boleh dipertanding dengan mendapat sekurang-kurangnya 6 negara dan rantau mendaftarkan diri untuk atletnya dalam setiap kategori, dan sekurang-kurangnya 4 negara peserta hadir sebelum bermulanya pertandingan terbabit.

Menurut laporan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou telah menerima lebih 12,500 maklumat pendaftaran diri dalam semua acara sukan pada tempoh 1 Jun hingga 18 Julai. Setelah mengemas kini maklumat pendaftaran berkenaan, Hangzhou mengatur semula pertandingan dalam Sukan Asia Ke-19 dengan 481 acara dalam 40 jenis sukan.

Video

Berita Berkaitan