Bola Tampar Hidupkan Semangat Kesukanan Kawasan Luar Bandar China

Demam 'CunVA' atau bola tampar kampung mutakhir ini telah melanda dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar China susulan penganjuran Pertandingan Bola Keranjang Kampung China dan Liga Super Kampung.

Setelah berlangsung selama satu bulan setengah, liga tersebut melabuhkan tirai pada malam Ahad di Wenchang, pulau Hainan iaitu kawasan yang terkenal sebagai tempat pelancaran roket angkasa lepas.

Sepanjang tempoh itu juga, sukan bola tampar kampung itu berjaya menarik perhatian segenap penduduk di pulau tersebut.

Acara itu telah mengumpulkan 20 pasukan dari pekan dan kampung dengan para pemain terdiri daripada petani, nelayan, pekerja migran, guru dan pelajar sekolah menengah.

'CunVA' melabuhkan tirai di Wenchang, pulau Hainan (foto: Guo Cheng/Xinhua)

Fu Chuanxin, 73, iaitu anggota tertua skuad sorak pasukan Pekan Dongjiao menyatakan bahawa rata-rata semua individu di situ berkebolehan bermain bola tampar.

"Saya suka bermain bola tampar sejak muda, dan kini saya gembira menjadi seorang penyeri kerana saya terlalu tua untuk bermain," katanya.

Turut dikenali sebagai bandar bola tampar, Wenchang mempunyai budaya bola tampar yang berkembang maju dan pangkalan peminat yang besar untuk sukan yang diperkenalkan ke bandar itu pada awal abad ke-20 oleh orang Cina yang pulang dari Asia Tenggara.

Mengimbas kembali, Fu berkata bahawa dahulu tiada bola tampar mahupun gelanggang bola tampar profesional di kampungnya. Maka penduduk kampung akan menganyam daun kelapa menjadi bola tampar, memintal pelepah kelapa menjadi tali dan mengikatnya di antara dua pokok kelapa untuk membentuk gelanggang.

"Saya lihat penduduk tempatan bukan sahaja menganggap ia (bola tampar) sebagai sukan yang kompetitif, tetapi juga sumber kebahagiaan.”

"Mereka sangat menikmati detik bermain bola tampar," kata Xue Ming, bekas pemain pasukan bola tampar wanita kebangsaan dan pengulas tamu di salah satu perlawanan CunVA."

Acara 'CunVA' telah mengumpulkan 20 pasukan dari pekan dan kampung dengan para pemain terdiri daripada petani, nelayan, pekerja migran, guru dan pelajar sekolah menengah. (foto: Luo Yunfei/Chinanews.cn)

Semangat bola tampar yang boleh dilihat ketika ini juga merupakan manfaat daripada usaha Wenchang selama beberapa dekad untuk menambah baik kemudahan sukan di kawasan luar bandar.

Bandar dengan 600,000 populasi itu kini menempatkan hampir 600 gelanggang bola tampar dan sekurang-kurangnya satu gelanggang di setiap kampung.

Di luar venue perlawanan CunVA, beberapa skrin besar dipasang untuk peminat yang tidak dapat masuk ke gelanggang kerana terlalu sesak, manakala petani tempatan pula giat menjual makanan ringan kepada peminat sukan itu dan juga pelancong yang bilangannya mendadak naik.

Keadaan juga memberi berita gembira buat para peniaga apabila jumlah permintaan sentiasa melebihi bekalan.

Menurut seorang pemilik gerai, Chen Zheng, beliau boleh menjual lebih daripada 200 ayam panggang pada hujung minggu.

Pengarah biro pelancongan, kebudayaan, radio, televisyen dan sukan Wenchang, Bao Guangyu berkata bahawa permainan bola tampar luar bandar telah menjadi enjin baharu yang menggiat semula kawasan laur bandar dengan meningkatkan permintaan untuk penginapan, katering dan pengangkutan.

Memetik statistik terkini dari 30 Jun hingga 13 Ogos, Wenchang menerima lebih daripada 485,800 pelawat dan memperoleh kira-kira RMB280 juta dalam hasil pelancongan.

"Wenchang kini merancang untuk membina venue bola tampar luar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang," kata Bao.

Beliau berkata, Wenchang juga akan menambah baik kemudahan sokongan untuk memacu penggunaan berkaitan sukan dengan lebih baik dan meletakkan acara itu di peta seluruh negara kelak.

Skrin besar dipasang untuk peminat yang tidak dapat masuk ke gelanggang kerana terlalu sesak di luar venue perlawanan CunVA. (foto: Luo Yunfei/Chinanews.cn)

Video

Berita Berkaitan