Kata Semangat Xi untuk Guru dan Pelajar Institut Konfusius Afrika Selatan

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Baru-baru ini, Presiden Cbina, Xi Jinping mengirim surat balas kepada guru dan pelajar Institut Konfusius di Universiti Teknologi Durban di Afrika Selatan. Beliau menggalakkan mereka mempelajari bahasa Cina dengan baik dan menyumbang kepada persahabatan China-Afrika Selatan dan kerjasama terbabit.

Xi menyatakan bahawa beliau menyaksikan perasmian Instiut Konfusius tersebut pada sedekad yang lalu dan sekarang ini amat gembira melihat pertukaran pendidikan dan kebudayaan kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang melimpah atas usaha sama kedua-dua pihak. Sebilangan besar pemuda Afrika Selatan telah mengetahui sejarah dan budaya China melalui pembelajaran bahasa, yang terbukti boleh memberi faedah kepada mereka dalam memilih kerjaya malah merealisasikan impian.

Xi menekankan bahawa bagi China dan Afrika Selatan yang merupakan negara membangun yang besar dan penting di pentas dunia, saling belajar dan memahami bahasa dan budaya masing-masing kondusif bagi rakyat kedua-dua negara memupuk rasa muhibah dan persahabatan secara turun-temurun.

Beliau mengalu-alukan para pelajar datang ke China untuk belajar lebih banyak agar memperkenalkan China yang sebenar kepada lebih ramai orang, di samping berusaha memainkan peranan utusan untuk mewarisi dan mengembangkan persahabatan China-Afrika Selatan, menyumbang kepada kerjasama kedua-dua negara malah pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan