Ekspo China-Asia Selatan Jana Nilai Kontrak Memuaskan

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Ekspo China-Asia Selatan edisi ketujuh melabuhkan tirainya di Kunming, provinsi Yunnan pada Ahad, menyaksikan sejumlah 483 dokumen kontrak berjaya ditandatangani.

Antaranya termasuk 342 projek pelaburan yang bernilai 412.65 bilion yuan (RM262.66 bilion), dan 141 lagi kontrak perniagaan bernilai AS$10.51 bilion (RM48.88 bilion).

Difahamkan, nilai jualan keseluruhan gerai fizikal sepanjang ekspo berkenaan mencecah 60 juta yuan (RM38.19 juta), manakala jualan secara penstriman langsung berjumlah 210 juta yuan (RM133.67).

Selain itu, sesi pemadanan turut ditawarkan secara hibrid kepada hampir 200 syarikat dari provinsi Yunnan dengan 50 perusahaan dari dalam dan luar negeri, sehingga mencapai surat niat bernilai AS$200 juta (RM930.1 juta).

Ekspo China-Asia Selatan kali ini menarik kehadiran wakil dari 85 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa, serta seramai 30,000 pempamer dalam dan luar talian.

Video

Berita Berkaitan