Terowong Pertahanan Jadi "Terowong Pelangi"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 Ogos 2023
Terowong Pertahanan Jadi
Gambar yang diambil pada 21 Ogos ini menunjukkan pintu masuk saluran kemudahan awam yang terletak di Jalan Shangxin selepas pengubahsuaian. (He Penglei/China News Agency)

Beberapa hari lalu, saluran kemudahan awam di daerah Nan’an, bandar Chongqing yang asalnya merupakan terowong pertahanan serangan udara Zhongchaichang dibuka kepada orang ramai. Berjalan di bahagian dalam, lampu yang berwarna-warni membuatkan saluran ini kelihatan seperti "terowong pelangi".

Difahamkan, bekas terowong pertahanan udara awam Zhongchaichang adalah kira-kira 260 meter panjang dan merupakan salah satu tempat perlindungan serangan udara yang dipelihara dengan paling baik di Nan'an. Projek pengubahsuaian terowong tersebut bermula pada 12 Julai 2022, menumpukan penaiktarafan pencahayaan, sistem saliran, perlindungan kebakaran dan sebagainya.

Selepas siap, penduduk boleh pergi terus dari Jalan Shangxin ke Jalan Nanbin melalui saluran tersebut, yang menjimatkan masa berjalan.

Video

Berita Berkaitan