Ekonomi China Terus Pulih dengan Mantap

(CRI)Rabu 30 Ogos 2023

Ekonomi China terus pulih dan menunjukkan momentum pertumbuhan yang kukuh pada keseluruhannya sejak awal tahun ini.

Menurut laporan mengenai pelaksanaan pelan pembangunan ekonomi dan sosial tahun ini, adalah perlunya meningkatkan intensiti kawalan dasar makroekonomi pada separuh tahun kedua.

Usaha juga perlu dilipatgandakan untuk memperluas permintaan domestik, memperkukuh keyakinan pasaran dan mencegah risiko, sekali gus menambah baik kualiti pertumbuhan sambil memastikan kuantiti meningkat secara munasabah.

Laporan berkenaan dibahaskan dalam sesi kelima Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 yang berlangsung di Beijing pada 28 Ogos hingga 1 September.

Video

Berita Berkaitan