China Berjaya Lancarkan Satelit Yaogan-33 03

(CRI)Khamis 07 September 2023

China berjaya melancarkan satelit baharu dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 2.14 pagi tadi.

Satelit, Yaogan-33 03, dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March-4C dan memasuki orbit yang disasarkan dengan jayanya.

Satelit itu akan digunakan untuk eksperimen saintifik, tinjauan sumber tanah, anggaran hasil pertanian, dan usaha pencegahan dan pengurangan bencana.

Ini merupakan misi penerbangan ke-486 bagi siri roket Long March.

Video

Berita Berkaitan