China Raih Lima Pingat Emas Acara Perahu Naga

(CRI)Sabtu 07 Oktober 2023

Pasukan China meraih pingat emas acara perahu naga 1,000 meter trek wanita dan pingat perak dalam acara lelaki dalam Sukan Asia ke-19 di Hangzhou pada Jummat.

Dengan demkian, pasukan perahu naga China pulang dengan membawa lima pingat emas dan satu pingat perak, iaitu prestasinya yang terbaik dalam sejarah temasya sukan ini.

Untuk perincian dalam perlumbaan akhir 1,000 meter trek lelaki, pasukan China berjalan lancar pada permulaan dan mendominasi pada fasa awal dan pertengahan. Tetapi pada fasa akhir, pasukan Indonesia yang mempunyai tradisi cemerlang dalam acara perahu naga jarak panjang mula memecut pantas, kemudian memintas pasukan China dan akhirnya menang dengan lebih cepat 0.047 saat. Pingat perak dan gangsa masing-masing dijadikan milik pasukan China dan Myanmar.

Untuk perincian dalam perlumbaan akhir 1,000 meter trek wanita, pasukan China menduduki tangga pertama sepanjang perlumbaan tersebut dan akhirnya berjaya meraih pingat emas ketiga yang juga terakhir bagi kategori wanita dalam Sukan Asia ini. Pasukan Indonesia dan pasukan Korea Selatan masing-masing menggondol pingat perak dan gangsa.

Video

Berita Berkaitan