Sukan Asia Hangzhou: Perkhidmatan Robot Jadi Tumpuan

(CRI)Sabtu 07 Oktober 2023

Kemunculan robot buatan China di gelanggang Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, menarik tumpuan orang ramai sejak mutakhir ini.

Di gelanggang olahraga, robot anjing yang berkaki empat mempersembahkan tarian, dan juga digunakan untuk membawa cakera.

Di veneu-venue pertandingan, robot boleh berkhidmat sebagai pemandu pelancong.

Di kampung Sukan Asia, atlet boleh bermain ping pong dengan robot dan mendengar robot memainkan piano.

Di pusat logistik Sukan Asia Hangzhou, peralatan berteknologi tinggi seperti robot peronda dan peranti boleh pakai memainkan peranan penting dalam memastikan penghantaran barang dijalankan dengan tepat dan efisien.

Menurut statistik, pendapatan perindustrian robot China pada tahun 2022 melebihi RMB170 bilion, mengekalkan peningkatan dua digit.

Pada tahun yang sama, jumlah pemasangan robot industri di negara ini menduduki lebih daripada 50 peratus pasaran global, China kekal sebagai pasaran terbesar di dunia.

Menurut Pelan Pembangunan Industri Robot Rancangan Lima Tahun Ke-14, menjelang tahun 2025, China akan menjadi sumber inovasi teknologi robot global, pusat pembuatan bertaraf tinggi, dan pusat pengaplikasian bersepadu baharu.

Pada awal tahun 2023, 17 jabatan kerajaan termasuk Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat bersama-sama mengeluarkan "Pelan Pelaksanaan Tindakan Aplikasi Robot+". Ia menyasarkan kadar penggunaan robot dalam industri pembuatan akan berganda menjelang 2025 berbanding tahun 2020, dan keupayaan aplikasi untuk robot perkhidmatan dan robot khas juga akan banyak meningkat. Pelan tersebut sekali lagi memberi rangsangan kepada pembangunan industri robot di negara ini.

Video

Berita Berkaitan