Wakil Tetap China ke PBB Sampaikan Kunci Luban kepada UNSC: Keamanan Ibarat Kunci Luban, Mudah Musnah Tapi Sukar Dibina Semula

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 November 2023

China ialah presiden bergilir Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi bulan November 2023. Pada 1 November, Wakil Tetap China, Zhang Jun memberi taklimat kepada media antarabangsa yang ditempatkan khas di PBB bagi menghuraikan perkara-perkara yang dititikberatkan oleh China selaku presiden bergilir bulan November.

Zhang Jun menegaskan bahawa situasi antara Palestin dan Israel adalah isu paling penting dalam agenda Majlis Keselamatan bulan ini. Tugas paling mendesak adalah menggalakkan gencatan senjata dan menamatkan perang, mencegah lebih banyak korban awam, mencegah bencana kemanusiaan berskala lebih besar, dan mencegah konflik daripada meluas. Sebagai presiden bergilir, China akan akur seruan masyarakat antarabangsa dan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk menggalakkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan kolektif yang tepat pada masanya, bertanggungjawab dan bermakna.

Zhang berkata bahawa China telah menyediakan cenderahati untuk anggota Majlis Keselamatan iaitu Kunci Luban. Kunci Luban adalah seperti keamanan. Ia mudah terungkai tetapi sukar dipasang, mudah dimusnahkan tetapi sukar dibina semula, dan sebarang tindakan yang diambil dengan terburu-buru mungkin membawa kerosakan yang tidak dapat dibetulkan semula.

Video

Berita Berkaitan