Larikan Diri daripada Kesibukan di Taman Yuhai, Shenzhen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 November 2023
Larikan Diri daripada Kesibukan di Taman Yuhai, Shenzhen
Taman Yuhai, Shenzhen. (Foto ihsan Taman Yunhai)

Di atas sebuah bukit di pesisir laut, daerah Yantian, bandar Shenzhen, terletak sebuah bangunan yang bentuknya agak mirip dengan kapal angkasa. Tempat ini dipanggil Taman Yunhai (bermaksud Taman Laut Awan secara harfiah), salah satu daripada destinasi paling “trendy” di Shenzhen baru-baru ini. Pada 16 November, wartawan China dan wartawan asing dari People's Daily Online juga ikut melawat tempat yang jauh dari kesibukan kota ini.

Dimaklumkan bahawa Taman Yunhai beroperasi secara rasmi mulai Mei lalu. Tempat ini berhampiran dengan Gunung Meishajian dan Teluk Dapeng, membentuk landskap yang cukup indah lagi menenangkan jiwa.

Bangunan itu dibina dengan bentuk kapal. Di dalamnya terdapat sebuah kafe buku dan sebuah jambatan kaca pejalan kaki. Para pengunjung boleh menghirup kopi sambil membaca buku dan menikmati pemandangan Pelabuhan Yantian.

Video

Berita Berkaitan