Shenzhen, Peneraju Inovasi Teknologi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 November 2023

Shenzhen, letaknya di selatan China, tahun-tahun kebelakangan ini telah menjadi hab perkembangan dan inovasi bagi teknologi terkini. Shenzhen sebagai bahagian penting Kawasan Teluk Besar Guangdong–Hong Kong–Makau (GBA), terkenal dengan semangat kerja keras dan keusahawanan, berkembang menjadi metropolis yang dinamik daripada sebuah kampung nelayan kecil.

Shenzhen adalah tempat optimum untuk melahirkan syarikat teknologi. Sumber inovasi yang melimpah dan persekitaran perniagaan yang kondusif telah menarik ramai usahawan dan pelabur. Kini bandar ini telah menjadi tempat berkumpul syarikat teknologi canggih. Dipercayai bahawa, dengan terus menarik bakat dan pelaburan, peranan Shenzhen sebagai peneraju inovasi teknologi akan semakin diperkasakan.

Video

Berita Berkaitan