Jurugambar Seru Perlindungan Alam melalui Foto

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 07 Disember 2023
Jurugambar Seru Perlindungan Alam melalui Foto
Seekor anjing laut di Kutub Utara. [Foto oleh Xie Jiangguo/cpanet.org.cn]

Keghairahan Xie Jianguo terhadap fotografi haiwan liar dan ekologi kutub dapat dirasai dengan jelas daripada kembaranya. Jurugambar ini sudah lebih daripada 30 kali menjejakkan kaki ke Artik dan Antartika.

Sejak 2012, Xie Jianguo telah menghalakan semula lensa ke arah tanah air, menumpukan matanya pada hidupan liar di China. Kini tapak kakinya sudah meninggalkan bekas di hampir semua provinsi dan wilayah di serata negara. Lebih mengagumkan, beliau sudah menjelajahi hampir 100 zon perlindungan hidupan liar seperti kawasan sumber Tiga Sungai, Hoh Xil, Gunung Qilian dan Xishuangbanna.

Semasa menjalankan ekspedisi fotografi, Xie sentiasa menitikberatkan hubungan yang harmoni dengan haiwan-haiwan yang dijumpai, iaitu dengan memastikan subjek penggambarannya tidak diganggu. Beliau sentiasa mencari jalan untuk merakamkan haiwan secara muka ke muka bagi mengabadikan inti pati asli dan memaparkan setiap satu dalam bentuk yang paling tulen.

“Saya nak serlahkan saat-saat indah dan dinamik hidupan liar, bukan sekadar merekodkan keadaan hidup tetapi juga mengekspresikan peri pentingnya menyayangi dan melindungi binatang liar dan habitat. Saya juga nak tunjukkan betapa banyaknya sumber biologi spesies yang ada serta pencapaian usaha perlindungan haiwan liar di China melalui gambar-gambar yang saya ambil.

Pada 2016, Xie bersama-sama Chen Jianwei melancarkan projek “Imej Alam Semula Jadi China”. Inisiatif tersebut komited merakamkan dan mengekalkan kecantikan alam semula jadi di China sambil mempromosikan budaya berkaitan imej alam yang kaya kepada dunia. Setakat ini, sebanyak 30 acara fotografi telah dianjurkan di bawah projek itu baik di dalam mahupun di luar negeri, memaparkan lebih 7,000 karya fotografi.

Video

Berita Berkaitan