Senada Seru Perkukuh Kerjasama Rungkai Cabaran Global

(CRI)Rabu 28 Jun 2023

Subforum bertemakan ‘Depani Cabaran: Pulihkan Pertumbuhan dalam Persekitaran yang Rapuh’ berlangsung di Tianjin pada Selasa sempena Forum Davos Musim Panas edisi ke-14.

Dalam pada itu, para hadirin menegaskan peri pentingnya kerjasama global dilakukan bagi merungkai krisis yang didepani.

Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins berkata pihaknya komited mengekalkan sikap terbuka dan bekerjasama bagi menangani cabaran global termasuk perubahan iklim.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh berpendapat bahawa dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran daripada kemerosotan ekonomi, lonjakan inflasi, geopolitik dan masalah kebolehsesuaian negara membangun.

Beliau menyarankan pelbagai negara supaya menggunakan pendekatan bersifat global bagi menangani cabaran tersebut, dan mempertahankan multilateralisme.

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala pula memberi penekanan tentang bahaya amalan ‘cantas hubungan’.

Menurutnya, sekiranya berlaku ‘cantas hubungan’ dalam perdagangan, ia akan membawa kerugian ekonomi sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan